
VS
________________________________________________________________________________
Yeke ada persamaan ? Kalau nak tahu, rajinkanlah diri selak entri bawah ni haaa ~ JOMM!!
Kalau kamu seorang lelaki, tolonglahh jangan nak terkejut sangat jika ramai mengatakan yang sikap kamu sama dengan kucing jantan. HAHA (ketawa jahat) Maklum sajalah kan, siapa nak sikapnya disamakan dengan haiwan kan ? Tapi pada entri ini aku nak senaraikan 10 persamaan antara kucing jantan dengan lelaki. So, kepada wanita-wanita di luar sana yang nak memahami lelaki, aku harap hampa take time sat supaya baca entri ini sampai habis. Boleh kan?
1. KUCING JANTAN SUKA DIBELAI
Ya, memang lelaki suka sangat dibelai oleh perempuan, tak kira la awek ke, isteri ke even ibu yang melahirkan. Memang mereka suka dibelai tetapi AWAS, mereka mungkin akan mencakar anda jika anda mengasarinya. Jadi berlembutlah dengan lelaki kerana mereka tidak suka dengan wanita yang kasar.
2. KUCING JANTAN KUAT MAKAN DAN CEPAT LAPAR
Kucing jantan memang kuat makan & juga akan cepat menjadi lapar. Jadi, paham–paham jelah, bukan setakat makanan sehariannya saja yang perlu dijaga tapi “makanan” batinnya juga perlu dicukupkan. Jadi, jagalah makan minumnya. Dan untuk makluman, suami adalah antara insan yang sangat menyukai masakan isterinya walaupun masakan itu kadang-kadang tak cukup bajet. Jadi, kepada yang bertitle girlfriend tu, belajarlah masak dari sekarang ye. Dan yang dah bertitle isteri tu pula, masaklah untuk suami jika kau tidak mahu dia mencari lain. Jika tak tahu, belajarlah. Tak rugi pun tambah ilmu rumahtangga ni.
3. KUCING JANTAN KUAT TIDO
Lelaki memang kuat tidur (tapi ada juga yang jenis tak kuat sangat, namun bilangannya agak sedikit). Dan kerana itu, bagilah peluang kepada lelaki untuk tidur secukupnya. Jika tidak, ada yang akan mengamuk dan mungkin akan lebih teruk lagi jika mereka jadi seperti kucing jantan dimana dia tidak akan mengamuk tetapi akan beralih tempat tidur. Adakah anda mahu suami anda beralih tempat tidurnya? (konpom takmau) Jadi, jangan ganggu waktu dia tidur.
4. KUCING JANTAN KUAT MERAYAP
Lelaki juga sama seperti kucing jantan (selalunya lah). Mereka gemar merayap & melepak, selalunya dengan kawan-kawan (yang ini tak sama dengan kucing). Tetapi sebagai penjaga kucing, selalunya kita akan melepaskan kucing kita keluar kerana kita tahu yang dia akan pulang sendiri. Begitu jugak lelaki. Agak sama kan? TETAPI, jika kucing mahal a.k.a baka baik, selalunya kita akan mengurungnya di dalam sangkar kan. Cuba kita lepaskan dia, confirm dia akan lari sebab dah jumpa kebebasan. Kesimpulannya, janganlah “kurung” lelaki.
5. KUCING JANTAN YANG MAHAL a.k.a BAKABAIK MAKAN FRISKIES, KUCING JANTAN KAMPUNG MAKAN NASI BERLAUK
Sama juga macam lelaki. Ada lelaki yang tastenya (bukan testis ye) begini dan ada pula lelaki yang tastenya begitu. Jadi, kamu sebagai seorang wanita kena faham taste lelaki itu terlebih dahulu sebelum setuju untuk keperingkat yang seterusnya. Hehehe.. :-p
6. KUCING JANTAN TAK SUKA DIPAKSA
Haaa!!, yang ni memang betul. Lelaki ni tak suka dipaksa. Tapi kalau lelaki yang paksa takpe (tengok kucing, dia akan mengiow kat tuannya selagi tak dapat makanan). Macam kucing, kita tak boleh nak paksa dia tidur, takleh paksa dia makan dan takleh peluk dia dengan paksa. Nanti kena cakar beb! Jadi, janganlah memaksa lelaki. Bagi dia ruang tapi dalam masa yang sama kamu kena pantau juga la. Jangan sampai dia main kayu 3 pula ye !
7. KUCING JANTAN ADA PERASAAN INGIN TAHU
Mesti kamu perasan yang kucing jantan suka melihat benda-benda pelik dan secara tiba-tiba berlari untuk mendapatkannya. Sama jugalah dengan lelaki. Mereka suka mencuba benda yang baru dan benda yang tak pernah mereka rasa. Tengok sahaja Mat Gian, lebih 85% adalah orang lelaki. Sebagai peringatan kepada lelaki yang ada 9 akal.. Lu pikirlah sendiri mana yang baik dan mana pula yang tak baik.
8. KUCING JANTAN AKAN MEREBUT KAWASAN MEREKA
Ini selalu berlaku dalam kes lelaki samseng ataupun Along. Nak rebut-rebut kawasan. Mereka nak tunjuk ego mereka. Biasalah lelaki ni mesti nak tunjuk ego mereka. Jadi, kena layan je la..
9. KUCING JANTAN ADA YANG EGO, BUAT TAK LAYAN KAT TUANNYA & ORANG SEKELILING
Kucing jantan juga ada egonya. Cuba panggil time dia tak lapar, mampus la dia nak datang kat kita (lainlah kalau memang kucing tu dengar kata/educated). Kalau kita kejar, dia akan lari. Macam lelaki jugak, makin dikejar, makin dia nak lari dari kita. Nama pun lelaki, mereka takkan nak tunduk lebih-lebih lagi kepada perempuan. For sure anda kenal pakwe anda dan gunalah bermacam cara untuk lembutkan hati mereka. Tapi bukan minta mereka tunduk dengan kamu ye kerana lelaki perlu dihormati.
10. KUCING JANTAN TIDAK PERNAH SETIA KAT SEEKOR KUCING BETINA
Kalau diikutkan, yang ini tak berapa nak sama dengan lelaki tapi ada jugalah sedikit persamaannya. Berdasarkan kajian, hampir 78% (berdasarkan majalah Cleo keluaran bila ntah), lelaki tidak akan kahwin dengan girlfriend pertama dia (please note: secara spesifiknya bukan cinta pertama tapi first girlfriend dia). Begitu juga dengan lelaki moden (of coz) dan bukan yang conservative, selalunya tidak akan berkahwin dengan first girlfriend dia. Tetapi ada juga la spesis lelaki yang memang setia pada yang satu dari girlfriend pertama dan jenis taknak tukar-tukar girlfriend/isteri (yang tu tak ikut perangai kucing la).
Psstt! : Amacam? Ada yang sama tak dengan entri atas ni ?Tapi apa yang pasti, lelaki tak berak macam kucing jantan ok! HAHA Oh ya, akceli entri ini aku ubah suai sikit dari Cik Google yang mau share pasal ni, dan sila jangan take it serious kerana ianya sekadar suka-suka sahaja.
Lelaki = Kucing Jantan'
gotchaa!!
Nikmatnyee .. emm~
Nyummylicious!!
Muka Puas! llalalalal ~ (juling terus)
*Just for fun okay ~ :)






No comments:
Post a Comment
komen dari siboolatt yang comell